suria

Isteri kurang bernafsu nak 'bersama', letak 'syarat' kena kemas rumah dulu jika suami minta dilayan batin

Sikap isteri yang dingin boleh menyebabkan suami tertekan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 33 tahun meluahkan rasa sedih apabila merasakan rumah tangganya kini tidak lagi seindah dulu. 

Berkongsi cerita dalam satu hantaran di Facebook, dia berkata hubungan bersama isteri yang berumur lima tahun lebih tua daripadanya semakin hambar.

Katanya, mereka sudah jarang berbual panjang, tidak ada lagi perbualan hati ke hati malah hubungan intim juga semakin berkurangan.

"Saya dah cuba sedaya upaya untuk ambil hati isteri. Saya cuba rajinkan diri bantu dia dengan basuh baju, sidai dan lipat kain. 

Perlu ada perbincangan agar rumah tangga sentiasa harmoni. -Gambar hiasan

"Sapu rumah dan segalanya yang dapat ringankan beban dia. Ada kalanya saya mengaku tak buat atau elak buat kerja rumah sebab penat lepas balik kerja.

"Walaupun balik kerja, belum sempat duduk dah kena basuh berak atau uruskan anak. Kadang-kadang saya terfikir, apakah kekurangan saya lagi atau yang saya terlupa buat?" ujarnya.

Tambahnya, semua usaha itu seakan tidak dihargai malah dia sering dituduh tidak prihatin terhadap anak termasuklah tidak membantu dalam hal rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua - “Saya di Pantai Timur”

Lebih memilukan, dia sering diberikan syarat atau perlu menyelesaikan tugasan terlebih dahulu jika ingin bersama isteri.

"Sampai satu tahap bila nak bersama, dia akan letak syarat seperti kemas rumah. Kena buat itu dan ini. Dia tidak pernah duduk semeja waktu makan bersama.

"Sampai saya rasa sedih kenapa saya kena lalui dan perlu ke saya dilayan seperti itu jika nak bersama? Sehinggakan sekarang, saya dah jarang minta (bersama) sebab terlalu banyak alasan," katanya.

  • Suami kecewa rumah tangga hambar dengan sikap isteri yang usianya lima tahun lebih tua.
  • Usaha bantu buat kerja rumah dan urus anak tidak dihargai.
  • Malah sering dituduh tidak prihatin walaupun sudah berkorban tenaga.
  • Lebih sedih, isteri letak syarat jika mahu 'bersama' dan sudah jarang makan semeja.
  • Netizen simpati, ada nasihat perbaiki hubungan dan beri cadangan berpisah.

Dalam luahannya, lelaki ini turut mempersoal sama ada faktor usia isterinya yang kini menghampiri 40 tahun membuatkan wanita itu berubah sikap.

Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki ini.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah warga maya memberi cadangan kepada pengadu untuk menyelamatkan rumah tangga.

Beberapa komen netizen di media sosial. 

"Tanya dia, sampai bila nak hidup macam ni? Sepatutnya makin bertambah usia, semakin erat hubungan dengan pasangan. Betulkan apa yang kurang dalam hubungan suami isteri.

"Tapi kalau dah sampai tahap macam ni elok buat haluan masing-masing la. Si isteri tu tak tahu ke yang suami ni perlukan waktu bersama.

"Nanti si suami ada perempuan lain, kata lelaki curang pula. Sudah ada isteri, payah betul nak 'dapat'," komen salah seorang netizen.

Artikel Lain