DALAM Islam, hubungan antara adik-beradik juga mempunyai batasan tertentu walaupun mereka lahir daripada rahim yang sama.
Sebagai contoh, adik-beradik berlainan jantina juga mempunyai batasan aurat dan perlu diasingkan tempat tidur mereka.
Di laman X, seorang lelaki meraih perhatian ramai selepas berkongsi cerita mengenai permintaan kakaknya yang dianggap aneh.

Kebanyakan wanita tidak selesa diurut oleh lelaki tak dikenali. -Gambar hiasan
Dakwa individu itu, dia sering diminta untuk mengurut badan kakaknya walaupun masih lagi mempunyai adik-beradik perempuan yang lain.
"Sekarang makin banyak kes emotional incest didedahkan. Kau rasa normal ke tak kakak aku suka minta urut?
"Dia suka minta urut badan masa dia nak period. Ada adik perempuan, tapi dia minta yang lelaki juga buatkan.
- Lelaki mengadu kakak suka minta urut badan.
- Pengadu tidak selesa dengan permintaan kakaknya.
- Lelaki itu kata kakaknya enggan ke spa walaupun bergaji besar.
- Ramai netizen tidak bersetuju dengan fikiran kotor lelaki itu.
- Beberapa individu di ruangan komen kata ia perkara normal.
"Aku letih, kot ya pun nak dibelai, pergilah spa. Gaji kau besar kot. Sekian, adik yang tersakiti," tulis lelaki itu.
Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita berpandangan permintaan kakak kepada pengadu adalah perkara biasa yang tidak perlu diperbesarkan.
"Aku selalu minta adik lelaki pijak-pijak badan. Tenaga lelaki kuat sikitlah, baru terasa diurut.
ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam tenaga, mampu urut hampir 5 jam! Wanita syak bidan ada 'bantuan' lain, mungkin pengantara arwah nenek
ARTIKEL BERKAITAN: Waktu VC dengan suami nampak tangan wanita ‘menjalar’ dekat bahu, rupanya bibik! Bagi alasan tolong urut badan
"Setakat urut badan biasa, selagi tak buka baju, okey je aku rasa. Kenapa kau dengan kakak sendiri pun naik syahwat ke?" tulis wanita itu.
Beberapa lagi individu lain turut bersetuju dan meminta pengadu agar tidak berfikiran negatif terhadap darah daging sendiri.
"Dia nak kau urut sebab tekanan jari-jemari kau yang sasa dan kuat tu bagi kelegaan pada urat-urat dia. Kau kena betulkan mentaliti yang terpesong.

Ibu bapa juga sering meminta anak-anak untuk mengurut badan mereka. -Gambar hiasan
"Kakak yang minta tolong urut, bukannya bos perempuan kau. Santai sudah.
"Macam tak ada hal je permintaan tu, melainkan kalau niat dia tak betul.
"Normal dik. Nanti dah kahwin, bini minta urut, jangan kau 'carut' bini pula ya," tulis beberapa netizen lagi.


