MEMPUNYAI pembantu tidak lain tidak bukan adalah bagi menguruskan pelbagai tugas rumah tangga.
Antaranya seperti membersihkan rumah, mencuci dan mengurus pakaian, memasak dan pelbagai lagi.
Tetapi berbeza dengan seorang pembantu rumah ini apabila dia turut ditugaskan mengurut majikan lelakinya.
Setiap pembantu rumah perlu tahu batas dalam bekerja. -Gambar hiasan
"Semalam masa aku video call suami nampak ada tangan dekat bahu. Lepas tu dia cakap... urut aku kak.
"Aku tanya siapa, lepas tu dia jawab bibik (pembantu rumah). Bibik tu lepas nampak aku terus dia alihkan tangan," kongsi seorang wanita di media sosial.
Tambah wanita itu, perbuatan berkenaan memang menyakitkan hatinya sebagai seorang isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Bibik orang tempatan merungut disuruh masak sup ayam, sayur tumis... Belum cukup jam dah nak balik, alasan sakit tangan
ARTIKEL BERKAITAN: Bibik abang nak cari ‘duit tepi’, tawar diri mengasuh anak... Wanita terkejut dah siap tetapkan kadar gaji
"Berapi je aku tengok. Walaupun aku kenal bibik tu dan memang dah umur makcik tapi aku tak selesa apabila nampak macam tu.
"Aku cakap kat dia yang aku tak selesa. Kemudian dia tanya takkan dengan bibik pun nak cemburu?" katanya.
Kalau ada pakcik urut bini kau jangan merentan nak cemburu.
NETIZEN
Dia kemudian menyatakan pada suaminya agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan kerana benar-benar tidak menyukainya.
"Aku tak suka, cuba kalau ada mana-mana pakcik pegang dan urut aku. Dia suka tak? Aku tanya dia. Kemudian dia cakap dah berhenti," katanya.
Perkongsian itu mendapat reaksi negatif daripada netizen yang meminta wanita itu tidak memberi muka kepada suaminya.
Netizen melepaskan geram.
"Awak lebih baik pulangkan bibik tu sebab ada kes kawan saya kahwin dengan bibik umur 50 walhal dia baru je 30.
"Sampai dia ceraikan isteri dia. Bibik tua tu suka tau sebab dapat orang kerja kerajaan lagi.
"Aku selalu tak faham dengan lelaki yang jenis... 'tak kan dengan bibik pun nak cemburu'. Mereka ni macam tiada agama.
"Kalau ada pakcik urut bini kau jangan merentan nak cemburu la ya," kata netizen.