suria

Demi ‘maruah’ kelas, wanita ini akur disuruh jadi model merdeka... catwalk dah OK tapi topi terbang pula! - “Memalukan sungguh”

Wanieysha memuat naik video 'throwback' ketika menyertai pertandingan sempena Hari Kemerdekaan di kolejnya, dua tahun lalu.

MEDIA sosial ketika ini dibanjiri dengan perkongsian foto atau video oleh warganet yang mencerminkan tema patriotik sempena dengan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia.

Ramai yang berkongsi karya kreatif sama ada menerusi lukisan, gubahan, persalinan dan macam-macam lagi termasuk wanita ini yang turut tidak ketinggalan membuat perkongsian di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wanieysha berkongsi insiden lucu apabila menjadi wakil bagi kelasnya ketika pertandingan sempena Hari Kemerdekaan, sekitar dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik video viral gempak, ‘wanita terbang’ dedah sebenarnya ada ‘take’ lucu kereta undur ke belakang - “Saya suruh suami henyak-henyak sikit badan”

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi buat orang terpukau! Kali ini rubik dibentuk jadi wajah Agong, Permaisuri pula - “Berbesar hati jika dapat perhatian baginda”

"Saya saja nak throwback video merdeka ketika masih menuntut di Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advanced Skills, Kuantan, Pahang beberapa tahun lalu.

"Masa tu ada macam-macam pertandingan sempena bulan kemerdekaan... ada satu pertandingan ni, setiap kelas kena hantar wakil jadi model catwalk dengan mengenakan persalinan bertemakan Jalur Gemilang.

"Memandangkan ramai dah masuk pertandingan lain, masa tu pula ramai tolak-tolak sebab tak nak... kawan-kawan 'petik' nama saya. Memang tak nak tapi akhirnya terpaksalah juga. Kalau tak hantar wakil, kira kelas kami kalah tanpa bertanding," ujar wanita berusia 24 tahun ini.

Menurut Wanieysha yang juga graduan jurusan kulinari, rakan-rakan dan pensyarahnya bertungkus lumus memerah idea dan tenaga untuk menyiapkan persalinan paling kreatif untuk digayakan.

basikal merdeka

Wanieysha mengayuh basikal yang dihias dengan Jalur Gemilang sewaktu pertandingan berkenaan.

"Diaorang struggle sebab pertandingan ni tak boleh guna benang... maksudnya tak boleh jahitlah. Hanya boleh guna pin, jarum atau stapler saja.

"Bila tiba giliran saya, saya pun catwalk turun dari pentas. Masa tu memang tak boleh tahan... asyik nak ketawa saja bila tengok diri sendiri. Nak jadi cerita, topi pantai yang saya pakai boleh terbang pula!

catwalk merdeka 1

Pensyarah dan rakan-rakan yang membantu menyiapkan persalinan Wanieysha.

"Padahal catwalk bawah khemah je pun. Mujur masa tu dah pusing nak kena naik pentas semula. Semua kawan satu kolej bantai gelak dengan saya pun gelak sekali. Terus tekup kepala dan lari. Memang memalukan sungguh.

"Tapi belum habis setakat catwalk tu ya. Peserta kena kayuh basikal yang dihias pula. Satu hal pula nak kena tahan malu lagi sekali. Tapi berbaloi apabila saya dapat raih gelaran johan bagi pertandingan tu," ceritanya yang menetap di Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang.

Semua kawan satu kolej bantai gelak dengan saya pun gelak sekali. Terus tekup kepala dan lari.

WANIEYSHA

Menurut Wanieysha, dia langsung tidak pernah berkongsi video insiden lucu itu di mana-mana platform media sosial sebelum ini, namun hanya berbuat demikian baru-baru ini sekadar suka-suka sempena bulan kemerdekaan.

"Ramai yang share video pasal merdeka, jadi saya pun sajalah nak kongsi. Tak ada niat apa pun, saja nak throwback momen kelakar ketika pernah masuk pertandingan.

merdeka kulinari

Wanieysha merupakan lulusan bidang kulinari daripada Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advanced Skills, Kuantan.

"Awal-awal hambar je, tak ada ramai yang view pun. Tak tahu macam mana, tiba-tiba dua hari selepas upload boleh jadi viral pula. Dekat komen pun ramai bantai gelak sebab kelakar.

"Inilah insiden lucu yang takkan saya lupa sampai bila-bila. Wajib saya cerita dekat anak cucu nanti," ujarnya berseloroh.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 60,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain