suria

Gigih menari TikTok promosi produk kecantikan, ahli skuad Jerung Merah berkulit gelap cekal hadap hinaan - “Saya bisnes mahu bantu keluarga”

Ain (tudung merah) pernah terdetik untuk berhenti menghasilkan video TikTok gara-gara kecaman yang diterima.

NAMA 'skuad Jerung Merah' tiba-tiba menjadi fenomena dalam kalangan netizen di negara ini.

Segalanya bermula selepas tular kisah sekumpulan gadis sering menghasilkan video TikTok untuk promosi produk jualan mereka.

Malah, ketua kumpulan itu, Siti Sofia Mahyuddin, 23, yang memiliki hampir setengah juta pengikut di TikTok turut ditemuramah oleh mStar pada 22 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam malukan negeri sebab ‘ligat’ di TikTok, tapi ada yang sanggup datang rumah nak tengok shooting video - “Saya nak jadi jutawan Terengganu”

ARTIKEL BERKAITAN: "Produk mereka tular, saya dapat malu" - 'Sekmung' insaf, dedah pernah diugut buang negeri

Terbaharu, salah seorang ahli skuad itu, Nurul Ain Nordin, 22, meraih simpati netizen selepas dirinya menjadi mangsa 'body shaming' menerusi platform media sosial tersebut.

Malah, video memaparkan gadis itu menahan sebak gara-gara penghinaan berkenaan turut tular sehingga meraih 1.8 juta tontonan.

Mesra disapa Ain, anak sulung daripada dua beradik itu mengakui pernah terdetik untuk berhenti menghasilkan video TikTok gara-gara kecaman yang diterima.

"Ada orang cakap saya hitam, muka berjerawat, suara sengau, suara macam jantan dan macam-macam lagi. Bila dapat kecaman, saya rasa down.

"Ada juga terfikir nak berhenti buat video sebab orang mengata muka saya. Tapi saya fikir, kalau orang kecam apa-apa, lebih baik kita diamkan diri.

"Kalau kita balas kecaman, orang pun akan balas balik. Jadi saya abaikan saja kata-kata negatif," ujarnya kepada mStar.

ain2

Ain sabar berhadapan komen kecaman di media sosial.

Imbas Ain, dia mula berniaga produk kecantikan sejak setahun lalu, namun sejak kebelakangan ini aktif menghasilkan video promosi bersama skuad itu.

Tambahnya lagi, ia bukan satu proses mudah memandangkan mereka semua tidak biasa beraksi di hadapan lensa kamera.

Namun kata Ain, dia tetap berusaha keras demi memajukan diri bagi mengubah nasib keluarganya yang menetap di Marang, Terengganu.

Mula-mula masuk skuad Jerung Merah, saya rasa takut. Kadang-kadang rakam video sampai 10 kali.

AIN

"Mula-mula dulu orang tak kenal saya, nak cari pelanggan pun susah. Sekarang pula orang makin kenal, makin ramai yang nak join.

"Mula-mula masuk skuad Jerung Merah, saya rasa takut. Kadang-kadang rakam video sampai 10 kali. Penat sejujurnya kerana kami rakam video tengah panas.

"Saya join bisnes sebab nak bantu keluarga. Ayah saya jual burger, mak pula pembantu tadika. Alhamdulillah, penat lelah rasa berbaloi lebih ramai customer masuk sekarang," ujarnya.

Di sebalik kecaman, Ain cukup berterima kasih kepada netizen yang tak putus memberikan sokongan moral buatnya.

"Awal-awal memang saya tak jangka akan ke tahap ini. Saya rasa seronok bila dapat kawan, pelanggan dan followers baharu.

ain3

Dalam kecaman yang diterima, Ain turut terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya.

"Rakan-rakan dalam skuad Jerung Merah banyak beri sokongan kepada saya. Saya juga terharu baca komen netizen, ramai yang bagi kata-kata semangat," ujarnya lagi.

Kata Ain, dia memasang impian membawa kedua orang tuanya ke tanah suci Makkah dan mahu membeli kereta sendiri pada tahun depan.

Untuk rekod, video-video skuad Jerung Merah yang membuat promosi produk jualan mereka dengan gaya bersahaja menerima reaksi berbeza netizen sejak mereka tular baru-baru ini.

Ada yang terhibur, tak kurang juga yang mengecam mereka sehingga ahli kumpulan itu digelar memalukan negeri Terengganu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain