suria

Dikecam malukan negeri sebab ‘ligat’ di TikTok, tapi ada yang sanggup datang rumah nak tengok shooting video - “Saya nak jadi jutawan Terengganu”

Aksi bersahaja Sofia bersama pasukannya dalam video-video di TikTok mencuri perhatian ramai termasuklah netizen.

NIAT di hati mahu berniaga, namun video-video yang dikongsi gadis ini meraih reaksi bercampur-baur dalam kalangan netizen.

Ada yang seronok menonton aksi bersahaja gadis ini bersama rakan-rakannya, malah ada juga yang meninggalkan komen kecaman sehingga dia dianggap memalukan negeri Terengganu.

Bercakap kepada mStar, Siti Sofia Mahyuddin, 23, mengakui dia dihujani pelbagai komen sejak videonya tular menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Produk mereka tular, saya dapat malu" - 'Sekmung' insaf, dedah pernah diugut buang negeri

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti Yotube dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri hasilkan video mat rempit

Jelasnya, dia tiada niat lain selain mahu menonjolkan diri sekali gus dapat membantu dirinya yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes.

"Kawan-kawan dalam video merupakan anak team saya. Kami berniaga produk kecantikan. Kami cuma nak buat video untuk promosi produk yang kami jual.

"Biasanya kami akan berbincang, plan skrip dan akan rakam video di kawasan rumah. Kami sanggup berpanas sehingga berpeluh untuk buat video.

"Kadang-kadang kena rakam banyak kali sehingga dapat hasil yang sempurna. Sangat struggle untuk kami hasilkan video," ujarnya.

sofia02

Sofia menceburi dunia bisnes demi membantu keluarga.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya video memaparkan kumpulan gadis itu melontarkan pelbagai dialog secara bersahaja, persis aksi dalam persembahan choral speaking.

Mesra disapa Sofia, dia pada mulanya agak tertekan dengan kecaman ramai sehingga terfikir untuk berhenti menghasilkan video di TikTok.

Saya pasang impian untuk jadi jutawan dalam Terengganu.

SOFIA

Namun katanya, sokongan orang sekeliling memberi semangat untuk dirinya terus cekal demi mengejar impian dan mencari pendapatan sampingan.

"Dulu memang malu. Tapi saya selalu berlatih depan cermin. Takut orang hina rupa paras. Lama-lama saya buang perasaan itu.

"Akhir-akhir ini sejak viral, kami shoot video di kawasan rumah pun ada orang datang tunggu dan nak tengok. Saya pun terkejut.

"Tapi sejujurnya terlampau banyak kecaman. Yang paling teruk orang kata kami tak senonoh, buat malu orang Terengganu dan macam-macam lagi.

sofia2

Kumpulan gadis ini turut menerima kecaman netizen di TikTok.

"Awalnya saya nak marah. Saya stres, tak tahu apa salah saya. Saya berfikir sendirian mengenai hal ini sampai rasa nak berhenti buat video. Padahal saya tak kacau orang pun.

"Tapi saya fikir balik, saya pilih untuk lihat sudut positif. Saya ambil sebagai pembakar semangat," ujarnya lagi.

Menurut gadis yang menetap di Marang itu, hikmah di sebalik video tular dan kecaman yang diterima, bisnes yang diusahakan juga semakin laris.

Malah katanya, dia hanya mahu mengubah nasib keluarga dengan bisnes yang dilakukan dan kini hanya memandang ke depan demi mencapai impian.

sofia03

Sofia memasang impian untuk bergelar jutawan suatu hari nanti.

"Saya ada minta pendapat dengan founder produk yang saya jual ni, dia kata jadikan kata-kata netizen sebagai pembakar semangat.

"Alhamdulillah. Sejak viral, ramai yang nak join team saya. Sekarang saya tak perlu cari orang tapi orang yang cari saya.

"Saya join bisnes pun sebab nak ubah hidup. Dulu keluarga tak senang. Saya nak jana pendapatan untuk bantu keluarga dan adik-adik.

"Mak suri rumah, ayah pula pembantu di pasar. Sejak buat bisnes, Alhamdulillah boleh bantu sikit-sikit. Saya pasang impian untuk jadi jutawan dalam Terengganu," ujar anak sulung daripada enam beradik itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain