suria

Pemuda bangkang peniaga FB jual pulut kuning dengan rendang ayam RM3.50! Anggap sengaja ‘bunuh’ harga pasaran

Pulut kuning merupakan satu menu yang tidak mudah untuk dihasilkan. -Gambar hiasan

SEORANG peniaga di Facebook mencuri perhatian apabila menjual set pulut kuning bersama rendang ayam pada harga RM3.50.

Secara logiknya, para pelanggan pasti gembira apabila ada peniaga yang boleh menjual makanan pada harga murah.

Namun, seorang pemuda yang berkongsi semula iklan itu di aplikasi Thread berpandangan sebaliknya.

ILRECI060424 Retro Recipe: Rendang tok. —LOW LAY PHON/The Star

Rendang memerlukan masa yang lama untuk dimasak. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, dia melihat tindakan berkenaan sebagai satu cara untuk menganiaya peniaga lain.

"Maaf cakaplah. Aku tak percaya dengan apa yang orang ini post. Pulut kuning dengan rendang ayam RM3.50?

"Kot ya pun meniaga sekadar mengisi masa kerana kau dah kaya, ketahuilah kau sudah membunuh peluang peniaga lain.

  • Seorang peniaga di Facebook menjual set pulut kuning bersama rendang ayam pada harga RM3.50.
  • Seorang pemuda di Thread tidak bersetuju, mendakwa tindakan itu menindas peniaga lain.
  • Pemuda itu membuat kiraan sendiri dan menyatakan harga minimum yang logik adalah sekitar RM8 termasuk telur rebus.
  • Netizen turut meragui harga tersebut, malah ada yang mengesyaki ia sekadar taktik scam atau rage bait.
  • Ramai menganggap harga terlalu murah dan mustahil kerana kos bahan serta tenaga tidak sepadan dengan RM3.50.

"Benar, harga barang agak rendah pada masa kini. Tapi jika kau 'buang harga' seperti ini, kau dah buat khianat dekat peniaga-peniaga lain," tulisnya.

Menurut pemuda itu lagi, dia juga ada membuat pengiraan sendiri dan menganggap harga RM3.50 sangat tidak logik.

"Macam aku, kalau portion seperti ini, setelah dikira jumlah kos, modal bahan, tenaga serba lengkap, paling murah RM8 dengan tambahan telur rebus sebiji," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkedu buat ‘eksperimen’! Sepinggan nasi lauk ayam ada 3 harga berbeza, suka hati tukang kira nak tetapkan nilai

ARTIKEL BERKAITAN: Menu 'simple', ramai sanggup beratur lama! Pelanggan dakwa nampak makhluk kecil lidah panjang, bertenggek atas makanan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut tidak percaya dengan harga yang diletakkan oleh peniaga berkenaan.

Netizen turut mengesyaki pemilik Facebook itu bukanlah peniaga sebenar dan menggunakan taktik berkenaan untuk menipu orang ramai.

"Macam ni, saya jual RM10 pun dah berhempas pulas memasak. Penat weh buat pulut kuning dan rendang. 

Pulut kuning enak dimakan bersama rendang. -Gambar hiasan

"Saya baca juga. Hati memang tak boleh husnudzon. Rasanya rage bait je ni. RM3.50 tu modal pun tak lepas.

"Gila murah. Pulut kuning rendang ayam harga RM3.50?

"Macam ambil gambar orang lain je. Ada bau-bau scammer," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain