suria

Lelaki di ambang maut dalam ICU, teman wanita datang ziarah buat dosa! Tak malu pegang tangan, usap-usap pipi bukan mahram

Pelawat perlu menjaga kelakuan ketika menziarahi pesakit di hospital. -Gambar hiasan

APABILA orang tersayang jatuh sakit hingga ke tahap kritikal, perasaan cemas dan takut kehilangan pasti menyelubungi diri.

Sambil memohon pertolongan Allah, kita juga harus tunduk pada ketetapan-Nya dan berikhtiar sebaik yang mampu.

Di Thread, tular kisah seorang wanita yang tidak menjaga batas ketika menziarahi buah hatinya yang sedang dirawat di hospital.

Close up focus on the Shake hands of a patient sick encourage encouragement on the bed in hospital ward. Healthcare concept.

Orang terdekat pastinya akan mendoakan kesembuhan pesakit. -Gambar hiasan

Kisah itu diceritakan oleh seorang wanita yang dipercayai berkhidmat di sebuah hospital tempatan.

"Seorang pesakit lelaki dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Dia berada dalam keadaan kritikal, ditidurkan.

"Teman wanita atau tunangnya pun datang melawat. Bertudung bagai, datang menangis sambil usap tangan, usap pipi.

  • Seorang wanita yang bekerja di hospital berkongsi kisah pesakit lelaki kritikal di ICU.
  • Teman wanita atau tunang pesakit itu hadir melawat, menangis sambil menyentuh tangan dan pipinya.
  • Wanita yang berkongsi kisah itu menegur perbuatan tersebut kerana pasangan itu belum berkahwin.
  • Dia menasihati agar tidak melanggar larangan agama, terutama ketika pesakit sedang diuji dengan sakit.
  • Ramai netizen di ruangan komen bersetuju dengan tegurannya dan menekankan pentingnya menjaga batas sebagai Muslim.

"Kamu bukan mahram tau. Aku cuma nak cakap pada wanita tu, tolonglah jaga perangai," tulis individu berkenaan.

Dalam hantaran sama, dia turut memberi peringatan kepada wanita itu untuk tidak melanggar larangan agama.

"Saya tahu awak sayangkan pasangan awak tu, tapi tolonglah jaga batas sebagai orang Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak sekadar nasihat usah bazir bersalin hospital swasta, wanita sarat hamil terus naik angin... Tuduh cemburu anak dapat suami kaya

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat ED hospital sindir ibu guna pelekat batuk rawat anak, perlekeh produk viral - “Iron Man ni, tengah cas bateri”

"Orang tu struggle nak hidup. Tuhan sayang dia, bagi ujian untuk hapuskan dosa dia.

"Datang engkau menambah dosa pula. Jangan normalisasikan budaya yang haram," tulisnya lagi.

Menurut wanita itu, dia juga sudah membuat teguran, namun usahanya tidak diendahkan.

"Ada beberapa kali terjadi. Banyak kali juga tegur dengan sopan. Member tu 50-50 di ambang maut. 

"Kita doa dengan bergantung kepada Allah, mohon kesembuhan tapi pada masa sama buat larangan-Nya," ceritanya lagi.

ACovid-19 patient makes a phone call from her bed at a quarantine ward in Kuala Lumpur General Hospital.AZHAR MAHFOF/The Star.

Pelawat perlu sentiasa mematuhi larangan yang ditetapkan oleh pihak hospital. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan peringatan wanita itu.

"Kekasih meninggal beria post sedih dekat TikTok. Faham sedih tapi tak ada ikatan pun.

"Lebih-lebih macam suami isteri. Orang tengah sakit, lagi menambah dosa dia.

"Zaman sekarang ni memang santai je mereka pegang dan cium," tulis netizen.

Artikel Lain