HATI mana tidak terguris apabila insan yang sepatutnya menjadi teman dan pelindung hidup bertukar menjadi punca kesedihan.
Seorang wanita berkongsi kisah duka rumah tangganya yang semakin membuatkan dadanya sesak apabila suami berusia 23 tahun mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya diucapkan kepada seorang isteri.
"Ingat lawak ke ugut isteri nak 'main' dengan betina lain? Sejak kejadian tu saya terasa hati sangat dengan suami sendiri," luah wanita berkenaan.
Konflik dalam rumah tangga biasanya tercetus akibat salah faham. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, insiden tersebut berlaku selepas satu pertengkaran kecil antara mereka namun enggan mengulas lanjut mengenai punca pergaduhan.
Bukan itu sahaja, komunikasi antara mereka juga terganggu apabila si suami mengambil tindakan drastik untuk menyekat nombor telefon isterinya.
Suaminya juga pulang lewat malam sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam diri wanita ini apabila jawapan yang diterima cukup mengecewakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda mengadu tak puas tiap kali bersama, lepas ‘siasat’ doktor jumpa punca… Rupanya suami ada sisi gelap!
ARTIKEL BERKAITAN: Matang, kewangan stabil tapi masih solo! Pemuda serba sempurna pelik mat rempit lebih laris, mudah jumpa jodoh
"Mesej dari pagi sampai ke petang satu tick (tidak diterima) je. Rupanya saya kena block (sekat) sebab kami bergaduh sebelum tu.
"Dah balik lambat, saya tanya kenapa. Dia jawab ‘suka hati la’. Padahal saya risaukan dia. Tapi reaksi dia seolah-olah saya ni tak penting langsung," katanya, terkilan.
Wanita itu turut meluahkan rasa sedih apabila usaha kecilnya untuk menyediakan bekalan makanan dipandang sepi.
Suami awak tak matang lagi. Dalam fasa nak mengenal dunia.
NETIZEN
Namun apa yang paling tidak dapat diterima oleh wanita ini apabila suaminya membuat satu kenyataan yang dianggap sangat melampau.
"Saya bangun awal demi nak siapkan bekal dan dia tak beritahu yang dia cuti rupanya. Terasa sangat. Sudah la minta maaf pun tak ada. Lepas tu ajak 'main' (bersama).
"Memang tak ada mood. Dia cakap lepas ni sebulan sekali nak 'sewa' perempuan. Toksiknya perkahwinan saya," ujarnya lagi.
Antara komen netizen pada hantaran dibuat.
Hantaran yang dibuat meraih pelbagai pandangan dan cadangan daripada warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.
"Suami awak tak matang lagi. Dalam fasa nak mengenal dunia. Muda sangat kahwinnya.
"Lelaki sekarang tak sama dengan lelaki dulu-dulu tahun 60 hingga 50an yang kahwin umur 19, 20 dan 21 ni.
"Lelaki sekarang kena tunggu mereka habis gembira baru boleh kahwin. Selagi tak habis, kena hadap la perangai tak matang dia," komen netizen.