suria

Gadis dakwa jadi mangsa pemuda bernafsu pelik, diintai ketika buang air besar di rumah kenduri! - “Dia tunjuk rakaman sambil gelak”

Wujud individu bernafsu pelik yang suka melihat aktiviti di tandas. -Gambar hiasan

SEMAKIN lama sesuatu kejadian itu berlalu, ingatan kita mungkin akan pudar dan hingga akhirnya ia akan dilupakan begitu sahaja.

Namun terdapat sesetengah kejadian yang boleh meninggalkan trauma terhadap diri kita dan ia terus menghantui dalam tempoh lama.

Di TikTok, seorang gadis turut berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika zaman kanak-kanak.

Kompleks Kota Rays, Kuala Lumpur.Picture of dirty public toilet around town. — YAP CHEE HONG/The Star

Orang ramai perlu berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. -Gambar hiasan

Imbas gadis itu, dia diintai seorang lelaki ketika sedang membuang air besar dan pengalaman itu kekal segar di ingatan sehingga ke hari ini.

"Dulu pernah pergi kenduri dekat rumah orang. Lepas tu sakit perut dan aku pergi ke tandas.

"Apabila aku keluar tandas, ada seorang individu tak dikenali iaitu lelaki tunjuk rakaman aku tengah berak sambil dia gelak.

Disebabkan aku terkejut dan tak tahu nak react, aku hanya mampu gelak.

MANGSA

"Lepas tu aku tengok, betul (video) aku," kongsinya menerusi hantaran yang meraih lebih 11,000 tontonan itu.

Ketika itu, mangsa berkata dia hanya mampu ketawa kerana terkejut dan tidak tahu untuk memberi reaksi yang sebetulnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki curi seluar dalam, rakam wanita mandi... Kegiatan kantoi selepas jatuh dari siling

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menjerit nampak kelibat, terkejut ada tangan sedang rakam video ketika mandi

"Disebabkan aku terkejut dan tak tahu nak react, aku hanya mampu gelak. Rupanya belakang tandas tu orang cuci pinggan.

"Masa tu aku budak lagi. Lepas tu telefon yang dia guna pun masih Nokia baru nak up.

"Tapi apabila fikir balik, aku patut laporkan pada tuan rumah. Entah berapa ramai perempuan yang dia dapat rakam," tulisnya lagi.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Mangsa yang diugut dengan video aib pastinya akan mengalami tekanan emosi. -Gambar hiasan

Dalam hantaran sama, gadis itu turut memberi pesanan kepada orang ramai terutamanya perempuan agar terus berhati-hati.

"Orang tu mungkin berada dalam kalangan viewers (TikTok) ni dan masih buat benda tu. Orang macam ni memang boleh ada di mana-mana je.

"Jadi berhati-hatilah perempuan. Kongsikan ini kepada rakan-rakan," tulisnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain