ISU mengenai papan tanda 'larangan homoseksual' yang dipasang di beberapa lokasi strategik di Terengganu kecoh menjadi bualan warga maya.
Malah, ada segelintir individu menganggap papan tanda itu boleh mengundang kebencian kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
"Apakah kejahatan yang dibuat oleh golongan homoseksual terhadap masyarakat Malaysia? Kenapa tak fokus untuk membantu kehidupan rakyat?" soal seorang pelayar X.
Papan tanda 'larangan homoseksual' di Terengganu yang menjadi perbualan hangat warga maya.
Gara-gara kenyataan individu itu yang dilihat seolah-olah mempertahankan LGBT, ramai netizen di platform itu tampil memberikan hujah masing-masing mengenai isu tersebut.
Menurut seorang pemuda, dia dimaklumkan oleh seorang doktor tentang lelaki-lelaki gay yang dijangkiti HIV gara-gara aktiviti seks bebas.
"Aku jumpa doktor di hospital yang merawat pesakit HIV pun mereka risau sangat dengan penularan HIV melalui liwat sesama lelaki.
Aku waris penghidap HIV, menyesal sangat lambat selamatkan arwah daripada masuk kancah homoseksual.
LELAKI X
"Kumpulan doktor ni gigih bendung penularan antaranya dengan cari dan halang super-spreader daripada terus liwat ramai lelaki lain termasuk suami orang," kongsinya.
Jelasnya lagi, perkongsian berkenaan tidak berniat untuk membenci golongan gay kerana saudaranya juga menghidap penyakit itu.
"Aku tulis ni bukan ajak membenci golongan homoseksual. Aku waris penghidap HIV dan menyesal sangat lambat selamatkan arwah daripada masuk ke kancah homoseksual.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hidap HIV berhenti salahkan Tuhan lepas dengar ceramah... Tak sangka ada pengakhiran baik untuk pendosa
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lembut kerap sakit, marah doktor suruh buat ujian HIV... Keputusan ‘positif’ baru nak cerita kisah gelap dengan housemate
"Kita semua pendosa, bencilah dosanya," tulis pemuda itu lagi.
Di ruangan komen, netizen turut membincangkan isu itu dan mencadangkan kewujudan aplikasi dalam talian sebagai salah satu punca aktiviti homoseksual semakin menular.
"Punca sebab dating app makin banyak. Tolong beritahu doktor, minta berbincang dengan kerajaan sekat dating app gay kat Malaysia. Itulah sarang pelacur-pelacur lelaki.
Pengamal homoseksual turut mencari kenalan melalui pelbagai aplikasi dalam talian. -Gambar hiasan
"Punca utama dating app berleluasa. Kat Facebook pun, ada suami orang ajak buat seks.
"Gay pun ramai... kahwin dengan perempuan untuk tutup rahsia mereka. Bini yang tak bersalah pun dapat HIV," tulis netizen.
Sebagai peringatan, aktiviti seks sejenis adalah haram dalam agama Islam dan semua orang perlu menjauhinya.