suria

Pemuda hidap HIV berhenti salahkan Tuhan lepas dengar ceramah... Tak sangka ada pengakhiran baik untuk pendosa

Penghidap HIV juga berhak untuk berkahwin dan mempunyai keluarga. -Gambar hiasan

SEORANG penghidap HIV meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah perjalanan hidupnya di laman X.

Menurut pemuda itu, pada awalnya dia sukar untuk menerima hakikat apabila didiagnos positif HIV sehingga pernah beberapa kali cuba membunuh diri.

Menganggap dunia ini tidak adil, pemuda itu turut hairan apabila rakan-rakannya yang gemar berzina hidup bebas tanpa penyakit sedangkan dia diuji hebat gara-gara satu kesilapan sahaja.

hivv (2)

Aktiviti seks bebas boleh menjadi punca penularan virus HIV. -Gambar hiasan

"Aku dapat (HIV) daripada bekas teman wanita masa zaman belajar. Aku bukan pengamal seks bebas. Sekali sahaja aku buat silap terus Allah tegur dengan ujian penyakit.

"Masa awal didiagnos positif, aku hilang akal terus. Berapa kali cubaan bunuh diri sebab aku buntu. Kawan aku ko***ek berapa kali tapi tak diuji pun. Aku mula salahkan Tuhan, salahkan diri sendiri," ujarnya.

Langit tidak selalunya gelap, begitu juga dengan perjalanan hidup yang dilalui pemuda itu.

Aku tak pernah terfikir yang dalam ujian ini pun Allah masih bagi nikmat.

PENGHIDAP HIV

Imbasnya, dia mula menemui sinar selepas terdengar satu ceramah yang berkisar tentang pengakhiran hidup manusia, sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk berubah.

Lebih menggembirakan, dia juga berjaya menemui suri hati yang sanggup menerimanya yang bergelar penghidap HIV positif.

"Sampai satu hari aku terdengar ceramah pasal pengakhiran yang baik. Aku mula cari Allah dan aku harap Allah bagi aku pengakhiran yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau ni buat dosa pandai, tapi penakut” - Pemuda ligat seks rambang, bimbang ditinggalkan tunang selepas sah HIV

ARTIKEL BERKAITAN: “HIV bukan jijik pun” - Persediaan dah buat, wanita buntu nak batal atau teruskan nikah jika bakal suami tak lepas ujian saringan

"Allah pertemukan aku dengan isteri aku. Aku takut mula-mula... takut dia tak terima tapi Allah hadirkan bidadari yang terima aku seadanya dan sama sedia untuk jadi umat Islam yang lebih baik," ujarnya lagi.

Berkongsi perkembangan terbaharu, pemuda itu meluahkan rasa syukur apabila dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

"Sekarang Allah kurniakan lagi nikmat, isteri aku hamil! Alhamdulillah syukur isteri aku negatif HIV dan aku akan ada zuriat Mein. Aku tak pernah terfikir yang dalam ujian ini pun Allah masih bagi nikmat.

HIV test.

Segera lakukan saringan sekiranya anda melakukan seks tanpa perlindungan dan mengalami gejala HIV. -Gambar hiasan

"Jadi pesanan aku untuk pesakit HIV luar sana, kita tak dapat ubah masa lalu tapi kita masih boleh tentukan pengakhiran kita. Teruskan hidup, makan ubat dan cuba untuk jadi manusia yang terbaik. Sentiasa bersangka baik dengan Allah untuk segala ujian.

"Aku doakan ada penawar satu hari nanti untuk penyakit ni. Aku pesakit HIV yang dah achieve U=U. U=U ni bermaksud tak detectable dan takkan menjangkiti sebab viral load almost kosong," dedahnya.

Untuk rekod, perkongsian pemuda itu dibuat menerusi laman X pada Sabtu dan menerima lebih 900 ulang kicau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain