RASA cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki menyerang pasangan suami isteri menggunakan golok sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan serius.Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Bogor, AKP Anggi Eko Prastyo, suspek dikenal pasti sebagai bekas suami kepada mangsa wanita. Motif serangan adalah dipercayai suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa wanita itu sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.Kejadian itu berlaku di kediaman mangsa di Pamijahan, Bogor, Indonesia pada awal pagi 6 Januari lalu.Jelas Anggi, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai datang ke rumah bekas isterinya sebelum terserempak dengan suami baharu wanita itu.Keadaan menjadi tegang apabila suspek dan bekas isteri bertengkar sebelum suspek bertindak agresif menyerang kedua-dua pasangan terbabit.Mangsa wanita dilaporkan mengalami luka di bahagian telinga kiri, manakala suaminya cedera luka di kepala.Polis memaklumkan, seorang saksi yang terdengar jeritan mangsa cuba membantu namun diugut oleh suspek sebelum lelaki itu melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.Suspek kemudiannya berjaya diberkas di kawasan Ciseeng pada Jumaat, 9 Januari dan kini ditahan di Balai Polis Cibungbulang bagi siasatan lanjut.Sementara itu, kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Daerah Kota Bogor.Pihak polis masih mengesan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. -Agensi