suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu jari bayi putus terkena gunting! Jururawat cuai digantung tugas, gaji tiga penyelia dibeku

Jururawat perlu berhati-hati sewaktu mengendalikan bayi. -Gambar hiasan AI

IBU jari seorang bayi terputus akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Maharaja Yashwantrao, Madhya Pradesh, India.

Terdahulu, mangsa yang berusia sebulan setengah dimasukkan ke hospital itu bagi rawatan penyakit radang paru paru.

Kejadian berlaku ketika seorang jururawat cuba menanggalkan pita yang digunakan bagi pemberian ubat intravena pada tangannya.

Sewaktu proses berkenaan, gunting yang digunakan dipercayai tergelincir sehingga menyebabkan ibu jari bayi itu terputus.

Insiden itu mencetuskan kemarahan keluarga bayi berkenaan yang menuduh kakitangan hospital cuai ketika mengendalikan pesakit.

Susulan penularan kisah itu, pihak hospital bertindak pantas menggantung tugas jururawat terbabit. 

Selain itu, gaji tiga penyelia jururawat turut dibekukan sementara siasatan lanjut dijalankan.

Bayi berkenaan kemudiannya dirujuk ke hospital pakar MGM Medical College yang mana pasukan pakar bedah berjaya menyambung semula ibu jarinya.

Menurut dekan kolej perubatan kerajaan itu, mangsa stabil dan masih dalam pemantauan selepas pembedahan. -Agensi

Artikel Lain