SEORANG guru wanita ditahan polis selepas didakwa membawa pelajar perempuannya keluar dari sekolah ketika waktu persekolahan.Tindakan itu dipercayai untuk melakukan kerja pembersihan di rumah baharunya. Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Bornova di Turkiye.Berdasarkan laporan, guru Bahasa dan Kesusasteraan Turki berusia lingkungan 30-an itu telah digantung tugas oleh Gabenor İzmir susulan laporan media dan aduan ibu bapa.Menurut kenyataan pihak berkuasa, insiden itu dipercayai berlaku pada 4 November 2025 di sebuah Pusat Latihan Vokasional.Guru terbabit didakwa membawa enam pelajar perempuan berusia 16 tahun keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan pihak pentadbiran mahupun ibu bapa.Kesemua mereka dibawa ke rumah baharunya dengan menaiki kenderaan persendirian dari lokasi yang tidak diliputi kamera keselamatan.Susulan pendedahan kes itu di media sosial pada 8 Januari lalu, Gabenor İzmir mengarahkan siasatan pentadbiran serta aduan laporan rasmi kepada Pejabat Ketua Pendakwa Raya İzmir."Guru terbabit telah digantung tugas dan satu laporan jenayah dibuat untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan tersebut.Bertindak atas laporan itu, Pejabat Ketua Pendakwa Raya İzmir melancarkan siasatan jenayah sebelum mengarahkan penahanan suspek atas tuduhan pemerdagangan manusia.Berdasarkan fail siasatan, keenam-enam pelajar terbabit didakwa dipaksa bekerja sepanjang hari di rumah guru berkenaan, termasuk mengangkat kotak, mengemas barang dan melakukan kerja pembersihan.Lebih mengejutkan, pelajar terbabit dikatakan tidak diberikan makanan atau pengangkutan pulang.Situasi lebih membebankan apabila mereka terpaksa berjalan kaki dari kawasan Bayraklı TOKİ menuju ke Hospital Bandar sebelum pulang sendiri ke rumah masing-masing.Menerusi surat aduan ibu bapa, beberapa keping gambar yang dipercayai dirakam di rumah guru tersebut turut disertakan sebagai bukti, memaparkan kewujudan botol arak dan rokok di persekitaran tempat pelajar berada. -Agensi