KISAH seorang wanita yang diajak berkahwin oleh lelaki warga asing mencuri tumpuan selepas diceritakan dalam satu hantaran di media sosial.
Dia mendakwa, lelaki berkenaan begitu yakin untuk mengahwininya walaupun dalam masa sama mengakui belum bersedia daripada segi kewangan.
Menurut wanita itu lagi, lebih meragukan apabila pemuda itu enggan memberitahu keluarganya sendiri tentang perancangan perkahwinan itu.

Kenali hati budi pasangan dengan baik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. -Gambar hiasan
"Ada hamba Allah ni ajak saya kahwin. Tapi apabila tanya berapa mahar dia nak bagi, katanya tak ada duit walaupun RM1.
"Lepas tu pula, saya tanya boleh ke dia sediakan surat pengesahan bujang dan meminta kebenaran daripada ibu bapa (untuk berkahwin).
"Jawapan lelaki itu, dia tak nak beritahu ibu bapa yang dia nak kahwin," jelas wanita itu mengenai lelaki tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kahwin warga asing takut hilang anak, suami nak bawa lari balik Pakistan... Mentua asyik telefon minta nak bela cucu!
ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kedai fotostat pelik tengok borang imigresen, terus nasihat pemuda nak nikah warga asing - “Lihatlah pada al-Quran”
Situasi itu membuatkan dia berasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan dengan lelaki tersebut.
Untuk rekod, warga asing perlu mendapatkan surat akuan bujang yang disahkan oleh kedutaan masing-masing sebelum urusan perkahwinan boleh diteruskan di Malaysia.
- Wanita kecewa lelaki warga asing ajak kahwin tapi tiada duit walau untuk mas kahwin RM1.
- Pengadu minta lelaki itu sediakan surat akuan bujang serta kebenaran ibu bapa.
- Tetapi lelaki itu enggan memaklumkan keluarganya tentang niat berkahwin.
- Warga asing perlu dapatkan surat akuan bujang disahkan kedutaan untuk berkahwin di Malaysia.
- Netizen syak lelaki itu mungkin berniat kahwin mut‘ah dan sifatnya dianggap membahayakan masa depan wanita.
"Saya kecewa juga. Kononnya serius nak kahwin tapi tindak-tanduknya mencurigakan... baik tak payah teruskan," katanya.
Dalam pada itu, warganet turut menzahirkan rasa curiga dengan niat lelaki terbabit.
Apatah lagi selepas lelaki itu enggan membincangkan soal mas kahwin serta tidak mahu melibatkan keluarga.

Komen warga maya pada hantaran asal.
"Mut'ah (kahwin kontrak atau sementara) kut ni. Kalau orang belah Arab akan mut'ah sekejap dengan orang ni lepas tu dengan orang lain pula dan begitulah seterusnya.
"Tak ada duit walaupun hanya untuk bagi mas kahwin? Bahayanya. Dah nampak bunga-bunga awak bakal bersusah payah kemudiannya.
"Lagi pula nak sorok kahwin daripada keluarga. Eh dah kenapa? Esok-esok kena tinggal pun memang tak ada siapa tahu. Dah semua nak rahsiakan," komen beberapa netizen.


