suria

Pengasuh kenakan caj setiap kali cuci bayi berak, jika tembus lampin kadar lebih mahal... 'Rabak' poket mak ayah!

Ibu terkejut apabila pengasuhnya mengenakan caj setiap kali bayi buang air besar. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berasa hairan apabila pengasuh kepada anak rakannya mengenakan caj tambahan setiap kali bayi yang dijaga membuang air besar.

Menurutnya, pengasuh tersebut meletakkan kadar sendiri, termasuk caj RM5 untuk mencuci setiap kali bayi membuang air besar.

Katanya, caj lebih tinggi akan dikenakan jika bayi membuang air besar hingga terkeluar dari lampin.

Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. -Gambar hiasan AIMembesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. -Gambar hiasan AI

"Sekali baby berak caj RM5. Kalau baby berak tembus lampin caj RM8.50.

"Kesian kat kawan, tiap hujung bulan kena bayar lebih yang entah apa-apa," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal kahwin duda! Suami paksa bayar pengasuh, jaga sepenuhnya 3 anak tiri... Ugut jika berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan kaya tapi kedekut! Pengasuh anak dikerah buat kerja orang gaji, cuti seminggu sekali - “Berbaloi ke semua ni?”

Dia berpandangan, pengasuh wajar mengenakan caj lebih untuk situasi tertentu, misalnya rakannya itu terlewat mengambil anak.

"Kalau OT (lebih masa) sebab lambat ambil atau hantar masa cuti umum tu kita faham lagi.

"Takkan sebab bayi kerap berak pun nak caj?" katanya yang berang apabila mengetahui perkara ini.

  • Seorang wanita mendakwa pengasuh mengenakan caj RM5 hingga RM8.50 setiap kali bayi berak.
  • Dia berang kerana caj itu dikira sebagai kos tambahan bulanan.
  • Menurutnya, caj hanya wajar dikenakan jika terlewat ambil anak.
  • Wanita itu mencadangkan agar rakannya menghantar anak ke taska yang lebih profesional.
  • Netizen terkejut dan menganggap caj itu pelik dan mengambil kesempatan.

Wanita itu berkata, caj tersebut mungkin unuk menampung kos hidup pengasuh tetapi ia menimbulkan rasa tidak puas hati apabila bayaran tambahan dikenakan setiap bulan adalah tinggi.

"Saya cakap kat kawan, kalau caj macam ni baik hantar taska. Mahal sikit pun puas hati.

"Ni bukannya tiba-tiba hujung bulan hantar kira-kira ada caj lebih untuk anak berak," katanya.

Perkongsian itu mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen yang pertama kali mendengar tentang caj buang air besar dikenakan terhadap bayi.

"Pelik dan kelakarnya. Tak pernah dengar lagi kes macam ni, ambil kesempatan ni.

"Tak bertimbang rasa. Berkira. Berak tu benda yang tak boleh dikawal pun," antara komen netizen.

 

Artikel Lain