suria

Warga emas cabar kesabaran di bulan Ramadan, selamba ‘cilok’ masa beratur... Pemuda maki depan orang ramai

Tindakan memotong barisan boleh mengundang kemarahan. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pasti akan naik angin kalau berdepan situasi dipotong ketika sedang beratur di dalam barisan.

Darah memang boleh 'mendidih' apatah lagi kalau sudah lama beratur dalam barisan.

Sikap pentingkan diri itu bukan sahaja membabitkan golongan muda tetapi juga orang tua yang sepatutnya menunjukkan teladan lebih baik. 

Seorang lelaki meluahkan rasa kurang senang apabila seorang warga emas memotong barisan di sebuah pasar raya.

Sesiapa sahaja tanpa mengira usia perlu beratur semasa membuat pembayaran. -Gambar hiasan AI

Sesiapa sahaja tanpa mengira usia perlu beratur semasa membuat pembayaran. -Gambar hiasan AI

“Aku ni jarang nak angin dekat orang. Tapi tadi masa dekat pasar raya beratur nak bayar, ada seorang pakcik ini boleh selamba 'cilok' depan aku.

"Kemudian aku tegur dia baik-baik, ni tengah berbaris ni pakcik," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Namun, jawapan balas warga emas terbabit membuatkannya berasa bengang dan marah kepada individu tersebut.

"Dia balas aku nak bayar satu barang jer. Tanpa segan silu dengan nada dan bahasa yang amat 'beradab' aku balas heh bodoh orang lain boleh jer beratur. Kuat juga aku kata sampai orang lain pandang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna ‘modal’ pelanggan tetap, wanita potong barisan nak beli nasi lemak... Pelanggan sedang beratur lega dengar jawapan peniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki ‘bergusti’ dalam pasar raya... Tak puas hati gara-gara dakwaan potong barisan

Tambahnya, dia sebenarnya tidak kisah sekiranya lelaki warga emas itu mahu memotong giliran tetapi biarlah dalam keadaan beradab.

“Aku okay je kalau kau datang minta izin, dik boleh pakcik beratur dulu, bayar satu barang je.

"Ini tak, terus 'cilok'. Dah tak memasal makan maki aku bulan-bulan puasa ni,” katanya.

Menurutnya, selepas ditegur, lelaki berkenaan hanya melemparkan jelingan tajam sebelum beredar dan beratur di kaunter lain.

  • Lelaki berang apabila warga emas memotong barisan di pasar raya.
  • Alasan mahu bayar satu barang buatnya bertambah marah.
  • Dia akui tak kisah beri laluan jika diminta dengan baik.
  • Warga emas itu akhirnya beredar ke kaunter lain.
  • Netizen ingatkan kepentingan adab ketika beratur.

"Walhal ada je kaunter untuk 10 barang ke bawah, nak juga potong barisan di tempat orang beli banyak barang," katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menegaskan kepentingan menjaga adab dan menghormati giliran.

"Adab ni tak kira usia. Semalam saya kena macam ni juga tapi budak Gen Z yang potong barisan.

"Dengan orang bodoh memang tak boleh cakap baik-baik, tak jalan. Kene maki sekali baru dia tersentak sikit," komen netizen.

Artikel Lain