suria

Sering mimpi aksi suami dengan bekas isteri di ranjang... Wanita hidup tak tenang, hilang rasa untuk 'bersama'

Mimpi sering dikaitkan dengan mainan dalam tidur. -Gambar hiasan AI

MIMPI sering dianggap sebagai mainan tidur sahaja.

Namun, seorang wanita mengambil serius mimpi yang dialami sehingga menjadi punca dia semakin tidak percayakan suaminya.

Dalam hantaran di laman X, wanita itu berkata dia mengesyaki suami curang dengan bekas isterinya.

Suami yang culas memberi nafkah boleh menyebabkan isteri hidup terseksa. -Gambar hiasan AI

"Aku syak suami aku jumpa balik ex wife dia dan siap buat seks. Aku selalu mimpi benda tu. Tak tahu tu petunjuk ke apa?

"Kerap sangat aku makan hati. Sampai aku rasa tak best dah rumah tangga. Hilang spark. Kalau dulu, selalu nak buat seks. Sekarang aku tak rasa apa-apa. 

"Aku jadi jijik. Kami ni pasangan jarak jauh (PJJ). Aku dah tak rasa nak peluk atau sembang dengan laki aku," tulisnya.

  • Wanita syak suami masih berhubung dan buat seks dengan bekas isterinya.
  • Dia membuat andaian kerana sering bermimpi situasi itu yang mengganggu hidupnya.
  • Dia juga mendedahkan tidak diberi nafkah oleh suami.
  • Netizen menasihati wanita itu agar tidak terpengaruh dengan mimpi.

Selain mimpi yang mengganggu hidupnya, wanita itu mendakwa dia juga menderita kerana tidak diberi nafkah oleh suami.

"Aku tak nak bercerai, tapi hidup aku tak best sekarang. Aku tanggung segalanya. Satu sen pun aku tak dapat nafkah. Laki aku bagi semua pada ex wife dia.

"Alasan, anak-anak dia dengan ex wife. Aku penat hadap semua ni, ganggu mental aku. Aku tak curang pun. Aku sunyi," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”

Di ruangan komen, ramai yang menasihati wanita itu agar tidak terlalu percaya dengan mimpi yang dialaminya.

Netizen turut memberi saranan agar dia berbincang dengan suami tentang isu nafkah yang tidak diterima seperti sepatutnya.

"Mimpi ni mainan jin sis. Baik komunikasi dengan suami. Sebab tak bagi nafkah tu memang salah. Makin simpan, makin sis sakit.

"Sebab duit ni. Nafkah yang tidak mencukupi sehingga membawa kepada perbandingan dan andaian," antara komen netizen.

Artikel Lain