suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjenayah rakam gambar bogel ‘influencer’, curi data biometrik... Paling aib paksa keluarkan air mani!

Polis Afrika Selatan membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes serangan ke atas Lan Zhanfei.

PEMPENGARUH pelancongan China, Lan Zhanfei, diserang di sebuah hotel lima bintang di Cape Town, Afrika Selatan selepas berkongsi jadual perjalanannya secara dalam talian.

Tanpa sedar, perjalanan pempengaruh yang memiliki lebih 26 juta pengikut itu dipantau oleh sekumpulan penculik sejak dia mula menaiki penerbangan ke negara berkenaan.

Penculik cuba mendekatinya di lapangan terbang dengan menyamar sebagai peminat, namun usaha pertama mereka gagal.

Kemudian, mereka sekali lagi cuba memperdaya mangsa untuk menaiki teksi palsu, tetapi cubaan untuk menculiknya masih lagi gagal.

Akhirnya, suspek berjaya menyerang pempengaruh itu di dalam hotel apabila mereka menggunakan kunci pendua untuk memasuki biliknya.

Mangsa ditahan dalam tempoh lima jam dan turut diarahkan untuk menyerahkan sejumlah wang.

Selain itu, suspek turut mengambil gambar mangsa dalam keadaan bogel, merakam video untuk pengesahan identiti, serta mengumpul pelbagai data biometrik termasuk cap jari, rambut, air liur dan sperma.

Selepas melarikan diri, mangsa memohon bantuan daripada Konsulat China di Cape Town.

Polis Afrika Selatan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu. -Agensi

Artikel Lain