SEORANG pekerja lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tong simpanan sisa kayu di sebuah kilang perabot pada Isnin.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di Bursa, Turkiye.
Ketika kejadian, mangsa, Yasin T., 31, dilaporkan hilang keseimbangan semasa mengambil sisa kayu (chips) dari sebuah tong simpanan di kilang perabot yang beroperasi di Zon Perindustrian Perabot Hamzabey.
Insiden tersebut disedari rakan sekerja mangsa yang segera menghubungi pihak berkuasa.
Susulan itu, pasukan kecemasan termasuk ambulans, bomba dan anggota keselamatan digerakkan ke lokasi.
Namun malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Bursa untuk proses bedah siasat.
Siasatan lanjut mengenai punca kejadian sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. -Agensi


