suria
mStar - Urban.Versatil

Terus kena cop sifilis! Pemuda runsing bintik-bintik merah bernanah penuh di wajah, netizen sangka penyakit kelamin

Zul menunjukkan keadaan wajahnya selepas terkena kayap.

"ABANG dah buat test sifilis?"

Demikian pertanyaan netizen terhadap seorang lelaki selepas dia berkongsi video di TikTok menunjukkan keadaan wajahnya yang berbintik-bintin dan berkudis.

Tidak melatah, pemuda dikenali sebagai Zulariff itu bagaimanapun berkata dia yakin masalah yang dihadapinya tiada kaitan dengan penyakit kelamin seperti sangkaan banyak pihak.

"Saya yakin dan pasti tak ada kaitan dengan semua tu (HIV). Bahagian lain pun memang tak ada langsung terkena melainkan muka sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.

Pemuda ini buntu mencari rawatan penyakit dihidapi.

Jelas Zulariff penderitaannya bermula dengan tonsil membengkak.

"Saya mula sedar sejak enam hari lalu apabila tonsil terasa seperti membengkak. Rasa membengkak tu sampai ke kepala. Nak telan air liur pun sakit.

"Kemudian muka saya mula nampak macam timbul jerawat atau melecet tapi masa tu saya ingat tak ada apa-apa yang serius.

"Masuk hari ketiga barulah saya perasan yang keadaan makin teruk sebab sakit tu dah merebak. Sakit sangat tapi saya tak demam pun," ujarnya yang senang disapa Zul.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula doktor kata kayap, alahan produk penjagaan wajah... selepas 5 bulan teka-teki kesan lebam, gigitan nyamuk terjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung... Jangan panik, ini penjelasan doktor

Bimbang dengan keadaan wajahnya yang semakin teruk, pemuda berusia 21 tahun itu mengambil keputusan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Zul, setelah diperiksa, doktor memberikan ubat antiviral, krim merawat kegatalan dan paracetamol kepadanya kerana disyaki mengalami penyakit herpes zoster atau kayap.

Bagaimanapun, tiada sebarang kepastian daripada pihak doktor kerana keadaan bintik-bintiknya bertukar menjadi bernanah.

Saya yakin dan pasti tak ada kaitan dengan semua tu (HIV).

ZULARIFF

"Apabila tengok keadaan makin teruk, doktor minta saya buat ujian darah untuk tengok jangkitan tu sama ada disebabkan bakteria atau virus.

"Saya lega sikit apabila keputusan darah menunjukkan keadaannya normal. Jadi doktor cakap teruskan makan ubat antiviral dan antibiotik. Doktor ada bagi krim antibiotik juga untuk sapu pada bahagian muka," ujarnya yang menetap di Selangor.

Kata Zul lagi, dia tidak segan untuk keluar berjalan dengan keadaan wajahnya yang bernanah.

Wajah Zul sebelum menghidap penyakit herpes zoster.

Namun, dia memilih untuk memakai pelitup muka kerana bimbang sekiranya orang lain tidak selesa melihatnya.

Selain bergantung pada ubat moden, ahli keluarga Zul turut membantu membawanya mendapatkan rawatan tradisional dengan harapan agar dia dapat sembuh dengan segera.

"Mujurlah bahagian lain selain muka tak ada yang terkena atau berjangkit. Macam-macam cara juga keluarga buat demi nak tolong saya.

"Baru-baru ni saya cuba lumatkan kunyit hidup dan lumurkan pada wajah. Ada juga letak garam kasar. Selain tu ada juga minta tolong seorang ustaz lakukan solat hajat untuk kesembuhan saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami