KEJUTAN selempang pink daripada sekumpulan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada sahabat mereka mengundang sebak ramai. Jelas ia sebagai bukti keikhlasan mereka dalam bersahabat sepanjang bergelar mahasiswa. “Kalau dah kawan yang pakaikan selempang pink, tu bukan Anugerah Naib Canselor (ANC) tapi anugerah persahabatan kekal selamanya,” demikian reaksi warga maya. Mana tidaknya, hanya dia yang tidak berjaya mendapat ANC berbanding rakan-rakan yang lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Senario tersebut membuatkan warga maya turut berasa terharu dan sedih dengan usaha rakan-rakan yang ingin menjaga perasaannya. Berkongsi kisah di sebaliknya kepada mStar, graduan bernama Norhasliza Noordin berkata, video tersebut dirakam selepas sesi mengambil skrol di atas pentas. Meskipun gembira dengan pencapaian, namun jauh di lubuk hatinya terselit perasaan sedih kerana salah seorang rakannya tidak berjaya mencapai impian pada majlis graduasi. Pun begitu, keputusan yang dicatatkannya bukanlah rendah tetapi ‘terkucil’ semasa berada di semester lima. Persahabatan terjalin sejak 2018. “Semasa diploma, circle saya semua perempuan sebab lebih bebas nak buat apa-apa. “Pada awalnya saya, Syasya, Nayli, Wahsuffi satu kelas sebelum dibubarkan dan terpaksa masuk kelas lain... masa ni berkenalan dengan Kama dan Syuhaida,” imbaunya. Menurut anak kelahiran Kora Bharu Kelantan ini lagi, disebabkan tinggal di kolej, dia dan lima lagi rakan akan belajar serta melakukan aktiviti bersama-sama. Entah bagaimana, keputusan peperiksaan akhir semester lima Kama tidak mencapai pointer 3.5. ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari melaram pergi kelas, gadis cantik miliki 90 peratus baju bundle... aktif buat vlog sampai mampu bayar yuran sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Tak reti duduk diam! Sibuk menari, aktif sertai aktiviti dalam kampus... pelajar buktikan mampu dapat pointer gempak “Masa itu, Kama berasa sedih sangat dan kami semua memberi semangat kepada dia sebab dalam result masing-masing ada usaha bersama. “Iyalah, assignment pun satu kumpulan... jadi rasa sedih apabila dapat tahu Kama seorang saja yang tidak dapat Anugerah Dekan. “Apabila satu semester tak Dekan, jadi tiadalah ANC,” ujar anak gadis berusia 23 tahun itu lagi. Mungkin dia fikir pada hari kejadian mesti rasa segan nak bergambar bersama kami. NORHASLIZA NOORDIN GRADUAN UITM Bercerita lanjut, katanya, bagi menghiburkan hati Kama, dia dan rakan-rakan merancang kejutan dengan menyarungkan selempang pink berkenaan. Baginya, apa yang dilakukan adalah sebagai kenangan terindah tanda persahabatan yang terjalin sejak 2018. Tambahan pula, graduasi ditangguhkan sebelum ini kerana Covid-19 dan tanggal 30 Mei lalu baru diadakan majlis. “Sekarang semua sambung pengajian di peringkat ijazah dan tinggal serumah. Jadi memang nampak raut muka Kama yang tak segembira kami semua. Norhasliza berjaya menamatkan pengajian diploma dengan anugerah ANC. “Mungkin dia fikir pada hari kejadian mesti rasa segan nak bergambar bersama kami,” luahnya lagi. Kejutan yang dibuat itu menjadikan suasana ceria bertukar pilu. Malah Kama mengakui rasa sebak dengan sikap rakan-rakan yang sedaya upaya menjaga hati dan perasaannya supaya tidak tersinggung. Pada masa sama, dia yang berasal dari Kedah turut meluahkan rasa reda dengan keputusan pengajiannya itu. “Kenangan paling dirindui adalah Kama selalu ajak kami solat Subuh berjemaah di pusat Islam UiTM dan dia garang sedikit,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube