suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada yang muntah kena suap spender busuk” - Ustazah Kafa didakwa dera murid, paksa budak lelaki buka seluar

Tindakan diluar batas boleh mendatangkan trauma kepada mangsa. -Gambar hiasan

BEKAS pendidik, Mohd Fadli Salleh tampil mendedahkan tindakan keterlaluan seorang ustazah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang didakwa memasukkan seluar dalam kotor ke dalam mulut beberapa orang murid.

Menurutnya, insiden berkenaan tercetus apabila ustazah terbabit menemukan seluar dalam kotor di kawasan sekolah lalu bertanyakan pemiliknya, namun tiada sesiapa yang tampil mengaku.

"Ada murid mendakwa ustazah tersebut suruh murid lelaki buka seluar, nak periksa siapa tak pakai seluar dalam.

"Marah tiada murid yang mengaku, dia sumbat seluar dalam kotor tu ke dalam mulut murid-murid. Beberapa orang murid menjadi mangsa.

"Ada murid sampai menangis-nangis kena suap seluar dalam busuk. Ada juga yang muntah," dakwanya di Facebook.

Jelasnya lagi, kejadian itu terbongkar selepas seorang murid memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia mahu berpindah ke sekolah lain berikutan mendakwa persekitaran di institusi berkenaan tidak sihat serta toksik.

"Pengakuan murid itu dirakam dalam video. Mak ayah yang marah terus muat naik video itu dalam grup sekolah. Dia minta penjelasan pihak sekolah.

"Sebaik video dimuat naik, mak ayah lain semua menyampuk beritahu anak-anak mereka pulang dan maklumkan cerita yang sama. Bahkan ada mak ayah kata, ustazah tersebut memang garang, psiko, panggil murid perempuan 'betina' dan sebagainya," dakwanya lagi.

Tambah Mohd Fadli lagi, ustazah berkenaan akhirnya tampil memohon maaf serta mengakui perbuatan terbabit memang benar-benar berlaku.

Bagaimanapun, ibu bapa mangsa masih tidak berpuas hati lalu mendesak untuk bertemu sendiri dengan ustazah serta pengetua bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Pengetua yang berada dalam kumpulan sekolah itu turut memaklumkan akan hadir bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya.

Sementara itu dalam hantaran berbeza, Mohd Fadli berkongsi video [Tonton Video] pengakuan seorang murid yang didakwa sebagai mangsa.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, kanak-kanak terbabit menceritakan kepada ibu bapanya pengalaman disumbat seluar dalam.

"Ustazah kata dia nak sumbat spender ni dalam mulut, tiada siapa mengaku sebab tiada siapa pun pakai spender tu," katanya.

Bapa murid berkenaan kemudiannya inginkan kepastian lalu bertanya sama ada pakaian dalam itu benar-benar disumbat ke dalam mulutnya, dan kanak-kanak tersebut mengiyakannya.

 

Artikel Lain