TRAGEDI duka melanda sebuah keluarga apabila seorang kanak-kanak perempuan autisme ditemukan maut, dipercayai akibat jatuh dari tingkat 13 Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada Sabtu.Mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan di kawasan tempat letak kenderaan di tingkat enam pada pukul 7 pagi. Difahamkan, mangsa bersama keluarganya dari Pasir Putih, Kelantan menyewa sebuah inap desa di pangsapuri berkenaan pada Jumaat.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.