suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan ngeri awal pagi Sabtu… 6 pemuda maut tersepit, Toyota Vios rempuh lori

Enam lelaki maut dalam kemalangan pada pagi Sabtu.

ENAM lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan pada awal pagi Sabtu.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, kira-kira pukul 4.25 pagi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim, enam mangsa yang meninggal dunia berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mugilan A/L Vraputiran (25), Dinesvaran A/L Kumar (21), Alaganathan A/L Krishnan (20), Kanabati Raja A/L Arunasalam (18), Kiisyen A/L Sasi Kumar (16) dan Paranthaman A/L Marutayah (15).

"Enam mangsa lelaki yang menaiki Toyota Vios didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada KKM," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pemandu lori berkenaan, Muhamad Hanafi Ahmad Raju, 31, yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi di lokasi kejadan ditamatkan sepenuhnya pukul 6.40 pagi.

Artikel Lain