POLIS membuka kertas siasatan susulan satu laporan berhubung berita yang disiarkan sebuah portal mengenai ucapan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd Sanusi Md Nor.Laporan berita berkenaan memetik ucapan Sanusi ketika beliau berucap dalam ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Jempol. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, laporan itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Umno anggap nama ‘PBN’ di Negeri Sembilan tak relevan, bukan gabungan politik baharu“Pengadu tidak berpuas hati dengan laporan berita yang disiarkan oleh sebuah portal berkaitan ceramah Menteri Besar Kedah itu.“Siasatan dijalankan kerana disyaki mengeluarkan, membuat, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan, khabar angin atau berita yang boleh mendatangkan khianat awam,” katanya dalam satu kenyataan.Alzafny berkata, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.Sejak hari penamaan calon, Alzafny berkata polis menerima 16 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan membuka 11 kertas siasatan.