suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya nampak daddy stres” - Thalita ikhlas bantu Shuib tengah susah, serah semua hasil nyanyian

PENYANYI Thalita mengetepikan rasa malu dan kecaman netizen demi membantu bapanya iaitu Shuib yang kini berdepan masalah kewangan.

Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra, 13, berkata dia tidak pernah berkira untuk keluarga dan sanggup menyerahkan semua bayaran persembahan diterima kepada bapanya.

“Saya memang niat nak bantu bapa sebab saya tahu dia tidak lagi senang macam dulu dan semua duit nyanyian memang saya tidak akan ambil terpulang kepada bapa nak bagi berapa jumlah tersebut kepada saya.

“Ini semua sebab saya nak balas jasa bapa saya dan saya tahu dengan cara ini dapat meringankan sikit beban bapa saya tu.

“Saya boleh nampak stres di muka bapa bila fikir soal hutang sebab hari-hari ada orang hubungi tanya soal duit jadi saya tolak tepi perasaan malu dan pedulikan kecaman orang janji saya bantu bapa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi