suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kena ‘real’ sebab orang tak tahu saya tengah susah,”- Shuib Sepah syukur isteri dan anak banyak bantu

PELAWAK Shuib Sepah meluahkan rasa syukur kerana isterinya Watie Hanifiah, sentiasa menjadi tulang belakang ketika dia berdepan fasa sukar akibat dihimpit masalah bebanan hutang.

Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, berkata sokongan dan pengorbanan diberikan isterinya banyak membantu mengharungi tekanan selain menjadi pembakar semangat untuk terus bangkit mencari rezeki buat keluarga.

Malah, lebih terkejut anak keduanya Dzahira Talita Zahra, turut menunjukkan kematangan apabila sama-sama membantu meringankan bebannya dalam segi kewangan.

“Saya bersyukur kerana saat diuji masalah bebanan hutang semua tapi ada orang kuat sentiasa ada iaitu isteri, dia (Watie) banyak bantu saya dalam ekonomi sekarang ini… Watie tahu duit saya ada banyak mana.

“Ramai tak tahu, bila pergi bercuti isteri saya yang bayarkan bukan saya malah semuanya adalah tajaan kecuali tiket kapal terbang saja, syukur juga sebab anak kedua Thalita pun sekarang murah rezeki banyak tawaran nyanyian sampai boleh bantu saya sikit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuib mengakui dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi kesulitan hidup yang sedang dilaluinya kerana enggan berselindung daripada peminat.

“Saya kena bersikap lebih real sekarang ini sebab semua orang kena tahu keadaan saya yang tidak lagi mewah macam dulu, saya sekarang sangat struggle dalam mencari rezeki dan untuk lunaskan baki hutang,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi