suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menginjak usia 40 tahun, Ammar Titan mula konsisten bersenam jaga makan... “Sakit itu mahal!”

PELAKON Azizul Ammar memilih untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten setiap hari.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 39, berkata kesedaran itu mulai timbul selepas melihat ramai individu mula berdepan pelbagai masalah kesihatan apabila memasuki fasa usia sepertinya. 

“Saya sekarang kembali aktif dalam latihan badan, jaga pemakanan dan tengah mencuba untuk mengurangkan pengambilan gula daripada makanan seharian, sukar tapi kena lakukan juga.

“Tahun depan umur saya 40 tahun jadi objektifnya untuk hidup lebih sihat, timbul kerisauan sebab melihat ramai yang sakit menjelang usia 40 tahun jadi memang saya akan berjaga-jaga.

“Tiap-tiap hari saya mengekalkan kehidupan yang sihat supaya masa akan datang tidak ada masalah kesihatan kronik ke bila usia tua nanti, sihat itu percuma tapi sakit itu mahal,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi