suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja pertama kali jadi heroin drama, Intan Serah bukan ‘lalang’... “Dalam hati tetap Manchester United”

PERSONALITI media sosial, Intan Serah meluahkan rasa teruja apabila diberi kepercayaan menggalas watak heroin dalam drama pertamanya berjudul PL I Love You.

Menurut Intan atau Intan Sarah Anisah Zulgafli, 27, peluang berkenaan merupakan satu tanggungjawab besar memandangkan dia masih baharu dalam dunia lakonan.

Bagi memastikan lakonannya memberi kesan kepada penonton, Intan berkata dia banyak mengulang baca skrip selain mendapatkan pandangan daripada pengarah dan kru produksi sepanjang penggambaran.

"Saya baca skrip banyak kali, tanya pengarah dan produksi lain macam mana lakonan saya supaya dapat tambah baik.

"Tiada yang janggal, cuma ada beberapa babak yang memerlukan permainan emosi di hadapan orang ramai membuatkan saya sedikit kekok sebagai pelakon baharu.

"Drama pertama saya terus jadi heroin. Bagi saya ia sesuatu yang besar dan saya sangat bersyukur dengan peluang ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Intan tidak mengambil hati dengan usikan peminat yang menggelarnya 'lalang' (tiada pendirian) selepas dia dilihat memakai jersi Arsenal dalam drama berkenaan, sedangkan umum mengetahui dia merupakan penyokong setia Manchester United.

Menurut Intan, pemakaian jersi tersebut hanyalah mengikut tuntutan watak dan dia melihat perkara itu dari sudut profesional sebagai seorang pelakon.

Selain Intan, drama PL I Love You turut dibintangi Kamal Adli, Hawa Rizwana, Evertts Gomes dan Theebaan G.

Drama arahan Michael Ang itu dijangka mula menemui penonton pada 26 Ogos depan di saluran Astro.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi