suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizan Razak terkejut dikatakan antara pelakon terima bayaran tinggi, percaya rezeki datang seiring usaha

PELAKON dan pelawak Zizan Razak terkejut apabila diminta mengulas dakwaan dirinya merupakan antara aktor yang menerima bayaran tertinggi di Malaysia.

Menurut Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 42, dia sendiri tidak pasti mengenai perkara itu kerana tidak pernah membandingkan kadar bayarannya dengan mana-mana rakan artis lain.

Katanya, setiap bayaran yang diterima adalah setimpal dengan usaha, pengalaman serta hasil kerja yang dipersembahkan kepada penonton.

"Saya tak tahu sebab tak pernah banding payment saya dengan artis lain, jadi tak boleh nak cakap.

"Tapi kelayakan itu bukan sekadar payment semata-mata, sebaliknya usaha, hasil kerja dan result, kemudian baru boleh demand.

"Jangan demand sebab ada pengikut ramai atau jumlah tontonan tinggi, tapi demand pada kepuasan orang yang menonton cerita kita itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zizan turut menitipkan nasihat kepada pelakon baharu supaya tidak terlalu mengejar populariti, sebaliknya berusaha membina identiti dan kekuatan tersendiri bagi memastikan mereka mampu bertahan lama dalam industri seni.

Menurutnya, setiap pelakon mempunyai keunikan masing-masing dan perkara itu perlu diterjemahkan menerusi mutu lakonan serta disiplin dalam bekerja.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul menerusi filem terbaharu berjudul Terbang yang dijangka menemui penonton di pawagam pada September depan.

Selain Zizan, filem arahan Chiu Keng Guan itu turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan, Nam Ron dan Diana Danielle.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi