suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Double meaning’ dalam lirik Gila Bayang, Ammar Haikal mohon maaf jika ada pihak tersinggung

PENYANYI Ammar Haikal menerima kecaman di media sosial susulan lirik lagu Gila Bayang didakwa mempunyai unsur lucah.

Menerima segala teguran itu dengan hati terbuka, Ammar atau Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, turut memohon maaf sekiranya lirik lagunya itu menyentuh sensitiviti segelintir pihak.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang sebab setiap orang ada pendapat yang berbeza, saya tidak boleh salahkan orang yang cakap mengenai perkara itu.

“Mungkin saya boleh ambil perkara ini sebagai pengajaran dan iktibar selepas ini tidak buat lagi perkara yang orang tidak suka atau lirik double meaning macam ini. Saya minta maaf sekiranya ada yang terasa mengenai perkara ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ammar juga menerima teguran peminat mengenai gaya pemakaiannya yang dilihat kurang bersesuaian dengan personalitinya.

“Saya memang saja pilih baju macam tu sebab keluarga saya jenis berisi jadi bila pakai baju besar boleh tutup segalanya, kalau macam tak kena tu nanti minta tunjuk ajar ya semua,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi