suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murninya hati Nizam Laksamana, terpanggil buat showcase bantu pesakit kanser dan anak autisme

PENYANYI Nizam Laksamana bakal menganjurkan sekali lagi Showcase Jiwarasa Nizam Laksamana & Kawan-kawan 5.0 pada tahun ini.

Nizam atau Mohd Nizam Pechok, 59 berkata meskipun ada pihak kurang senang dengan penganjuran Showcase sebelum ini, namun dia nekad meneruskannya demi membantu kanak-kanak autisme dan artis yang dilanda kesusahan hidup.

Antara faktor lain menjadi sebab dia mahu meneruskan showcase ini adalah kerana isterinya iaitu Salwati Zukifli yang juga sedang berdepan penyakit kanser payudara.

“Saya ni sudah tua dan mungkin tidak lama hidup, kerjaya saya penyanyi malah banyak dosa yang mungkin saya tidak sedar jadi harapnya apa yang saya buat ini boleh dapat pahala nanti.. tak berat sangat siksa kubur nanti.

“Selebihnya saya nak berikan kepada isteri sebab sehingga sekarang masih lagi pesakit kanser malah masih menerima rawatan setiap enam bulan sekali, itu juga salah satu faktor kuat saya nak buat showcase amal ni.

“Isteri adalah satu ujian dan penanda aras untuk saya bantu orang lain yang perlukan bantuan,” katanya kepada mStar.

Showcase Jiwarasa Nizam Laksamana & Kawan-kawan bakal berlangsung di Noah Ballroom, Wisma LJT Taman Melawati pada 3 Oktober depan.

Antara rakan artis yang turut serta Tam Spider, Hazama, UNIC, Haiza dan Zamani.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi