suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qamarina Lim tak kisah jika lakonan dikritik, pasang impian berlakon dengan Nora Danish dan Zul Ariffin

BAKAL tampil dengan filem pertama berjudul Jerat, personaliti media sosial, Qamarina Lim tidak kisah andai lakonannya dikritik kelak kerana dia sudah lali berdepan kecaman di media sosial.

Menurut Qamarina, kecaman dan komen negatif bukan lagi perkara baharu buat dirinya memandangkan dia sering menjadi sasaran netizen sejak aktif sebagai pempengaruh.

"Kalau mengenai kritikan itu saya dah biasa laluinya di media sosial.

"Saya pula banyak haters, jadi saya dah biasa nak hadapi kecaman netizen, insya-Allah.

"Bagi saya kena positif saja selalu, apa orang cakap cuma buat bodoh sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Qamarina turut mengakui dia menyimpan hasrat untuk bergandingan dengan pelakon Nora Danish dan Zul Ariffin jika diberikan peluang pada masa akan datang.

Kata Qamarina, kedua-dua pelakon itu merupakan antara figura yang paling dikaguminya dalam industri seni tempatan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi