suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik watak budak ‘nerd’, isteri belanja Imran Aqil buat badan... Tak putus asa gagal uji bakat filem

PELAKON Imran Aqil tidak patah semangat walaupun beberapa kali berdepan kegagalan ketika menghadiri uji bakat untuk membintangi filem.

Menurut Imran atau Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 27, sokongan rakan-rakan yang pernah sama-sama menyertai program Hero Remaja banyak memberi dorongan untuknya terus mencuba tanpa berputus asa.

“Kawan yang dah ada nama pun pergi uji bakat, saya apatah lagi yang kurang ada nama.

“Kawan saya macam Meerqeen, Nadhir semua suruh saya pergi sahaja uji bakat. Takkan saya nak down pula bila tak dapat, sedangkan mereka pun pergi uji bakat dan ada yang tak dapat.

“Jadi saya pun faham dan jadikan itu sebagai satu semangat untuk pergi sahaja, dapat atau tidak belakang cerita,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Imran memberitahu dia menerima sokongan dan dorongan daripada isteri tercinta, Dahlia Rizal untuk mengubah penampilan fizikal.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi