suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah 20 tahun jadi artis, Takim Zaki berdepan masalah anxiety takut jumpa orang ramai

PELAKON Takim Zaki memberitahu dia berdepan masalah kebimbangan melampau atau anxiety yang membuatkan dia berasa kurang selesa sewaktu berada di tempat dipenuhi orang ramai.

Takim atau Mustaqim Mohamed Zaki, 37, berkata keadaan itu menyebabkan dia lebih gemar melakukan kerja di belakang tabir berbanding perlu berdepan dengan situasi yang memerlukannya interaksi dengan orang ramai.

“Saya ada anxiety untuk berdepan dengan orang ramai. Jujur saya cakap, perkara ini saya tak pernah kongsi sebelum ini.

“Sebab itu saya suka menulis. Bila bekerja di belakang tabir, saya hanya berurusan dengan pengarah atau klien tanpa perlu berdepan dengan ramai orang,” katanya.

Menurut Takim, dia kerap mengalami serangan panik sehingga menyebabkannya susah bernafas.

“Bila panik datang, saya rasa menggigil, nafas jadi tersekat-sekat dan jantung berdegup laju. Kadang-kadang sampai rasa blank dan tak tahu nak buat apa,” luahnya.

Takim turut memaklumkan dia masih belum mendapatkan bantuan pakar, namun tidak menolak kemungkinan untuk bertemu terapis bagi membantu menguruskan masalah yang dialaminya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi