suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akram Floor88 bangga buat ‘show’ sampai luar negara, malas nak layan tuduhan makin berlagak

DITUDUH semakin sombong selepas menerima tawaran membuat persembahan di luar negara, ahli kumpulan Floor88 iaitu Akram tampil menjawab mengenai salah faham itu.

Kata Akram atau Muhammad Akram, bukan niatnya untuk bersikap sedemikian, sebaliknya dia hanya ingin berkongsi kejayaan membuat persembahan bersama kumpulan A.C.A.B. di luar negara.

“Ini merupakan hasil usaha saya dan saya kerap buat video cover bermain dram jadi jangan harap balasan daripada orang terdekat tapi orang luar sebenarnya.

“Sekarang ini saya sudah kenal gaya netizen di Malaysia, jadi tak nak sangat baca komen dan tanam prinsip jangan layan komen negatif ni.

“Tak boleh nak tutup atau halang tangan mereka (netizen) untuk komen lebih-lebih ni, mana yang tak puas hati jumpa di padang mashyar saja la,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi