suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat asal usul masuk industri, Saiful Apek terbuka bekerja dengan orang baharu... “Saya hormati fitrah”

PELAWAK dan pelakon, Saiful Apek terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pengarah filem tanpa mengira tahap pengalaman mereka.

Saiful atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, berkata ini adalah salah satu cara untuk dia membalas jasa dan mengenang budi pengarah yang pernah memberikan kepercayaan kepadanya ketika di awal kemunculan dalam industri dulu.

"Bila saya lihat mereka (pengarah baru), saya ternampak diri saya... ketika itu saya masih muda dan baru saja mula berlakon, malah tertanya-tanya kenapa berikan kepercayaan kepada saya sebab risau juga kalau bungkus filem tu.

"Dulu saya bermula daripada bawah dan baru nak cipta nama tapi pengarah ini percaya dengan saya, siap gandingkan dengan heroin nama besar, jadi inilah cara saya hormati fitrah dan beri peluang kepada pengarah baru sama macam saya dulu.    

"Saya tidak kisah sekiranya sebuah karya filem dihasilkan oleh pengarah baru sebab untuk berjaya kena ada sikap optimis dan sentiasa berlapang dada dan tidak boleh selalu berasa diri ini hebat," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Saiful bakal membintangi filem The Real Mamu yang dijadualkan sesi penggambarannya pada Jun ini.

Filem The Real Mamu mengangkat kisah berkisar kekeluargaan, pengorbanan, dan kemanusiaan yang dekat dengan kehidupan komuniti masyarakat di Pulau Pinang.

Antara barisan pelakon untuk filem ini  ialah Didie Alias, Wan Raja, Adam Corrie, Yassin Senario, Wafariena, Zairi Aziz dan ramai lagi yang diarahkan oleh  Zulkifli Abu Hassan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi