suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syamel akui susah jaga makan, berat badan cepat naik... Kerap buat senaman untuk ‘maintain’ tubuh

PENYANYI Syamel berkata dia perlu sentiasa aktif melakukan aktiviti berbentuk senaman bagi memastikan berat badannya tidak kembali naik seperti sebelum ini.

Menurut Syamel atau Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 33, perjalanan untuk kurus bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi dia mengambil masa selama sedekad untuk mencapai berat badan 68 kilogram.

“Saya sekarang sedang menikmati kehidupan sihat dengan jurulatih peribadi dan sekarang ini saya aktif bersukan bermain paddle pula jadi Alhamdulilah aktiviti sihat.

“10 tahun saya ambil masa untuk turunkan berat badan sebab saya suka makan, waktu 2015 berat ketika itu 100 kilogram jadi pelan-pelan proses saya turunkan berat badan sehingga dapat 68 kilogram sekarang.

“Berat badan saya ni cepat naik, lebih-lebih kalau tidak jaga makan, jadi disebabkan itu saya terpaksa aktif paling tidak tiga kali dalam seminggu untuk bersukan, kalau tidak memang akan naik semula berat badan ni,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi