suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan sekadar belajar di YouTube, Ernie Zakri nasihat penyanyi baharu cari guru vokal

PENYANYI Ernie Zakri menyarankan mana-mana individu yang bercita-cita untuk bergelar penyanyi supaya mengikuti kelas vokal bersama guru profesional sebelum melangkah lebih jauh dalam industri muzik.

Menurut Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman amat penting bagi memastikan teknik nyanyian dipelajari dengan betul.

Malah, Ernie turut menegaskan orang ramai tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada video di YouTube semata-mata.

“Pelajaran sangat penting terutamanya kalau nak jadi penyanyi tu, pengetahuan soal muzik pun perlu juga tapi bila melibatkan suara saya tidak syorkan belajar di YouTube.

“Lebih elok kena berguru dan kalau boleh cari guru yang pandai dan tak salah teknik mengajar sebab apabila melibatkan vokal ni sangat rapuh.

“Kalau dapat guru salah, hancur la suara kita, setakat nak warm up vokal guna YouTube okay tapi kalau ada bajet saya syorkan cari guru yang sesuai untuk belajar,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi