suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Corrie tabik pelakon baharu, bersungguh latihan dan sanggup buat badan demi watak aksi

PELAKON Adam Corrie Lee meluahkan rasa bangga melihat kesungguhan pelakon aksi generasi baharu yang disifatkan semakin komited memperbaiki mutu lakonan mereka.

Menurut Adam Corrie, 58, kesungguhan pelakon baharu harus diberikan pujian kerana kebanyakkannya sanggup mengikuti latihan, menghadiri kelas lakonan dan menjaga fizikal demi memantapkan watak dibawakan.

“Sangat meriah bila lihat perkembangan industri filem terutamanya pelakon aksi, Alhamdulilah dengan sesiapa pun kalau diberikan peluang memang saya okay saja untuk bekerjasama nanti.

“Saya bangga sebab pelakon baharu ni rajin pergi latihan, masuk kelas dan bina badan untuk cantikkan cerita filem itu, memang terbaik usaha mereka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adam berkata dia tidak pernah menganggap kemunculan pelakon baharu sebagai ancaman kerana percaya industri seni memerlukan keseimbangan antara artis lama dan generasi baharu.

“Tak ada lama, tak ada yang baru walaupun orang anggap saya orang lama atau otai, kalau kita mula hormat orang, insya-Allah hubungan itu akan jadi baik,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi