suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengarut! Andi Bernadee ‘speechless’ tuduhan hidup mewah kerana ditaja

PENYANYI Andi Bernadee menepis tuduhan netizen yang mendakwa kehidupan mewah dinikmatinya kini hasil tajaan individu lain.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, berkata dia sendiri terkejut apabila membaca tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fitnah tidak berasas.

Menurut Andi, dia bukan individu seperti yang diperkatakan malah menafikan dirinya dijaga atau dibela mana-mana orang kenamaan atau VIP.

"Sumpah saya terkelu tak tahu nak cakap apa sebab daripada mana sumber ini sebab apa yang boleh saya katakan perkara ini tidak benar.

"Saya bukan orang macam itu dan untuk dijaga atau dibela orang orang VIP itu lagi tidak benar," katanya kepada mStar.

Pun begitu, Andi menegaskan segala kemewahan dan kesenangan ini merupakan hasil kerja keras dan usahanya sepanjang bergelar penyanyi.

"Kalau nampak kehidupan saya macam ni disebabkan tidak memboros walaupun keluar sana sini dan tidak berkerja tapi Alhamdulilah saya gunakan duit simpanan," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi