suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

7 tahun tiada pendapatan tetap, Salih Yaacob jalani hidup sederhana... Syukur makan tak pernah putus!

BEKAS penyampai radio, Salih Yaacob memberitahu dia kini menjalani kehidupan secara sederhana memandangkan tiada sumber pendapatan tetap sejak tujuh tahun lalu.

Salih, 64, bagaimanapun bersyukur kerana rakan-rakan banyak membantu menyalurkan sumbangan serta prihatin terhadap nasib dirinya itu.

"Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih boleh bertahan walaupun duit simpanan yang ada sudah banyak digunakan dan hampir habis. Namun, masih ada sedikit-sedikit rezeki yang datang.

"Saya sekarang ini hidup sekadar ala kadar saja memandangkan tawaran kerja sudah tiada sejak tujuh tahun lalu, harapkan bantuan orang yang beri dan kadang-kadang kawan banyak membantu beri sumbangan macam Deen Wahab, Ajak Shiro sebelum ini jadi dapat la jalani kehidupan macam biasa walaupun sederhana.

"Walaupun tiada tawaran berlakon namun syukur tak pernah lalui fasa sukar daripada dulu sehingga sekarang Allah banyak bantu, banyak terima bantuan beras dan minuman orang beri pada saya," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching bersama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Hans Isaac dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri dan Data Industri FINAS iaitu Zed Zaidi menyantuni beliau serta memberikan sumbangan wang tunai serta barang keperluan harian di kediaman pelakon itu yang terletak di Desa Pandan Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Menurut Teo, sumbangan disalurkan menerusi program Ziarah Seni Madani 2026 itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu anak seni yang kurang bernasib baik.

"Kami terbaca di sosial media mengenai keadaan beliau (Salih Yaacob) yang kurang sihat, jadi terpanggil untuk menziarahnya menerusi program Ziarah Seni MADANI 2026 dan harap dengan sumbangan ini dapat berikan semangat untuk kekal positif dan cepat sembuh.

"Ini merupakan insiatif pihak Finas sejak tahun 2023 dan kini pada tahun 2026 sumbangan telah diberikan sebanyak 216 orang penerima anak seni," kongsinya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi