suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zynakal punca Ismail Izzani main Threads, tak layan komen toksik

PENYANYI Ismail Izzani memilih untuk tidak mahu melayan sebarang perkara negatif yang boleh menganggu fikiran terutamanya ketika menggunakan laman sosial Thread. 

Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 26, berkata pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk lebih berjaga-jaga apabila berkongsi hal peribadi di media sosial.

"Sebenarnya, saya ni masih baru di Threads, jadi bila saya buka akaun pun sebab kawan-kawan juga iaitu Zynakal, sedangkan Datuk M Nasir pun ada Threads, takkan saya tidak ada kan.

"Kalau dulu saya nak fokus pada beberapa akaun media sosial saja tapi sekarang kena ada akaun Threads juga seperti kawan-kawan yang lain, macam ikut trend.

"Kalau tengok komen mana-mana platform pun ada toksik, kalau ada juga jadi saya memang cuma baca dan slide saja sebab kalau nampak ada perkara yang negatif memang tak layan", katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi