suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalau sakit, duit tiada makna... Arfie Shah tak setuju kenyataan ‘influencer T20’

PELAKON Arfie Shah menyifatkan wang tidak membawa sebarang makna sekiranya seseorang itu tidak dikurniakan kesihatan yang baik.

Menurut Arfie atau nama sebenarnya Ad Wafri Shaharuddin, 33, kesihatan merupakan aset paling berharga dalam kehidupan dan tidak boleh dibandingkan dengan jumlah wang yang dimiliki.

"Kesihatan adalah benda paling penting. Tak guna ada duit banyak tetapi akhirnya sakit. Mungkin sekarang dia belum rasa sakit, jadi dia tidak nampak kepentingan perkara itu.

"Contohnya, kalau ada RM1 juta tetapi tangan tiada, duit itu sudah tidak bermakna. Tubuh badan adalah perkara yang lebih penting daripada duit.

"Tubuh badan kita ini adalah amanah daripada Tuhan," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, seorang pempengaruh mencetuskan perdebatan apabila mengakui tidak bercadang untuk menurunkan berat badan dalam masa terdekat kerana baginya perkara paling penting ketika ini adalah mempunyai wang.

Malah, dia turut mendakwa individu yang terlalu memberi fokus kepada penjagaan fizikal dan menghabiskan masa di gimnasium tetapi tidak mempunyai pendapatan yang kukuh sebagai memiliki 'mindset B40'.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai kurang tepat kerana kesihatan dan kestabilan kewangan perlu bergerak seiring.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi