suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cita-cita Auddra nak jadi pelakon suara animasi, tak sangka pula rezeki bidang nyanyian

ANAK kepada pelakon, Sharifah Shahirah iaitu Auddra Zulkifli memberitahu cita-cita asalnya adalah untuk menjadi pelakon alih suara animasi.

Auddra atau mesra disapa Oddah, 17, bagaimanapun tidak menyangka akan bergelar penyanyi memandangkan keluarganya lebih dikenali dalam bidang lakonan.

Tambah Oddah, minat mendalam terhadap dunia animasi membuatkan dia memasang impian untuk terlibat sebagai pelakon suara sejak kecil.

“Saya sebenarnya pernah menjadi pelakon alih suara untuk kawan saya pada tiga tahun lepas dan tak sangka kawan saya puji saya bawakan watak sebagai penjahat.

“Memang impian saya nak jadi pelakon alih suara pada mulanya dan terkejut juga sebab saya sekarang jadi penyanyi sebab dalam keluarga. Iyelah mereka semua dikenali dalam bidang lakonan.

“Kalau diberikan peluang memang saya nak sangat jadi pelakon alih suara sebab itu memang minat saya daripada kecil,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi