suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mark Warn buat macam-macam kerja, terpaksa meminjam beli makan... Dibayar RM50 watak ‘extra’

PERSONALITI media sosial, Mark Warn tidak pernah melupakan fasa sukar yang pernah dilaluinya sebelum mengecapi kejayaan sehingga bergelar pelakon seperti hari ini.

Menurut Warn atau nama sebenarnya Mohd Shazwan Saburi, 34, perjalanan dalam industri hiburan bukanlah sesuatu yang mudah apabila dia pernah berdepan pelbagai cabaran ketika bekerja di belakang tabir.

Malah, Warn berkata dia pernah mencatu perbelanjaan harian akibat kesempitan wang selain bergelut dengan komitmen hutang yang perlu diselesaikan.

"Saya pernah sampai tahap kena catu makan dan macam-macam berlaku sewaktu berada dalam industri ketika bekerja di belakang tabir.

"Mengharapkan kerja tapi tiada, bila ada dapat duit nak kena bayar hutang orang pula.

"Saya pernah pinjam duit untuk beli makan dan bayar bil," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Warn berkata pengalaman hidup yang penuh liku itu menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha mengubah nasib diri sehingga berjaya membina nama sebagai personaliti media sosial dan pelakon yang semakin dikenali.

Menurutnya, segala pengorbanan serta kerja keras yang dicurahkan selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil apabila kehidupannya kini berada dalam keadaan yang lebih stabil berbanding sebelum ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi