suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekangan bajet punca filem aksi tempatan ‘tersekat’, Razib Salimin puji Sharnaaz Ahmad

MELIHAT perkembangan kualiti filem aksi tempatan yang semakin memberangsangkan, pelakon veteran Razib Salimin percaya industri perfileman negara mempunyai potensi besar untuk mencapai standard antarabangsa pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Razib atau Mohd Razib Salimin, 65, berkata terdapat satu faktor utama yang masih menjadi kekangan kepada usaha tersebut iaitu dari sudut bajet dan kos penerbitan.

"Kalau dibandingkan dengan 20 tahun lepas, perkembangan yang berlaku sekarang sangat positif. Dari segi kualiti, kita sudah semakin menghampiri apa yang dilakukan oleh negara luar.

"Untuk capai kualiti setaraf produksi antarabangsa memang tidak mustahil, tersekat oleh satu punca sangat penting iaitu sudut bajet.

"Kalau tengok babak aksi atau stunt di luar negara, semuanya nampak sangat realistik kerana melibatkan kos yang tinggi. Buat masa ini, kos untuk produksi aksi di negara kita masih berada pada tahap yang rendah," katanya kepada mStar.

Diminta mengulas mengenai pelakon aksi tempatan yang paling menonjol pernah bekerjasama dengannya, Razib tanpa berselindung menyifatkan Sharnaaz Ahmad sebagai antara yang terbaik.

Malah, komitmen dan disiplin ditunjukkan Sharnaaz sepanjang berada di set penggambaran menjadikan pelakon itu cukup menyerlah berbanding pelakon lain.

"Pada saya, antara pelakon utama terbaik yang pernah saya bekerjasama ialah Sharnaaz Ahmad.

"Dari segi lakonan, ketahanan fizikal, mental serta disiplin kerja, Sharnaaz adalah antara yang terbaik pernah saya bekerja bersama," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi