suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eric Fuzi mahu kembali aktif melawak, rancang terbit sitkom komedi bersama Deroyan

PEMAIN keyboard kumpulan Floor 88, Eric Fuzi bakal memberikan tumpuan lebih serius terhadap bidang komedi selain kembali aktif bersama kumpulan Deroyan.

Eric atau nama sebenarnya Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 34, berkata usaha itu dilakukan bagi memperkukuhkan jenama Deroyan, sekali gus memastikan kumpulan tersebut terus dikenali dalam industri komedi tempatan.

“Sebenarnya selepas tamat program Muzikal Lawak Superstar musim keempat, kami ada keluarkan dua single tapi macam kurang sambutan sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.

“Tapi untuk kali ini rasa sayang kalau nak biarkan begitu saja, lagipun kami perlukan jenama serta pengaruh kuat untuk melawak baru menjadi.

“Kami nak naikkan semula jenama Deroyan ini supaya nama ini tidak asing lagi dengan masyarakat, saya juga bakal buatkan drama pendek secara online nanti… kalau ada rezeki mungkin nak masuk lagi program komedi dengan mereka (Deroyan),” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi